Sakit pinggang, perut kembung atau kekejangan.. Hmm, okay ni confirm dah. Setiap kali ada tanda tanda ni sampai, anda mesti naik menyampah. Confirm senggugut nak serang ni. Setiap bulan pasti keadaan yang sama. Kesakitan yang sama sampai penat sudah memikirkan cara hilangkan senggugut.
Ingatkan selepas lahirkan bayi, senggugut ni hilang. Rupanya tidak. Patutla wanita sering dikatakan tak stabil emosinya, moody memanjang. Sedangkan kita sebenarnya menanggung kesakitan dalam diam.
Kenapa Senggugut Sering Menyerang ? Apa Cara Hilangkan Senggugut ?
Lain wanita, lain sakit senggugutnya. Memang tak sama, ada yang pada hari pertama haid, ada hari ke tiga. Tahap kesakitan pun berbeza tau! Waktu tu, nak buat aktiviti kehidupan pun akan jadi rumit. Nak memasak ke, buat kerja rumah ke, kerja di office ke, memang badan tak larat, minda pun tak fokus sebab menanggung kesakitan senggugut ni kan ? Ada yang terus baring je atas katil.
Tapi mengapa kesakitan ini sering terjadi ?
Menurut WebMD, senggugut atau “Period Cramp” ni sering terjadi kerana pengecutan di bahagian uterus atau otot rahim kita. Jika pengecutan terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan. Akibatnya, bekalan oksigen ke rahim akan terputus. Kerana kekurangan oksigen, otot rahim memberi kesakitan dan kesan kekejangan.
Namun, punca kesakitan ni pun terbahagi kepada 2, mengikut jenis jenis senggugut, seperti : –
1. Senggugut Primer
Disebabkan pengecutan organ rahim yang berlebihan, dikawal oleh bahan namanya prostagladin.
2. Senggugut Sekunder
Disebabkan oleh struktur organ pembiakan yang tidak normal seperti penyakit fibroid dan endometriosis.
Wanita biasanya akan makan terus pil penahan sakit ketika haid seperti Penadol Menstrual dan menyapu ubat angin. Tapi, doktor pakar menyarankan semua wanita untuk berhenti menggunakan kaedah sedemikian!
Sebaliknya, cuba cari cara semulajadi yang lebih cepat dan efektif. Ubat tahan sakit boleh membawa pelbagai kesan sampingan seperti gastritis dan kerosakan buah pinggang.
6 TIPS HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN 6 CARA SEMULA JADI
Sebab itu kami senaraikan 6 tips semuajadi ini untuk bantu anda ubah cara mengawal kesakitan senggugut yang lebih sihat dan tiada kesan sampingan di masa akan datang.
#1 Jaga Diet Pemakanan Anda
Ambil serius hal ini! Berhenti makan makanan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi. Contoh : Daging lembu, kambing, dan produk tenusu. Kajian mendapati makanan ini mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat!
Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan coklat gelap kurang manis.
#2 Air Teh dan Air Suam Untuk Bertenang
Air suam mampu memberikan kelegaan pada otot rahim yang kejang. Air suam juga membuang toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan memberikan kesan ” kenyang” pada perut.
Teh juga bagus untuk melegakan kesakitan. Cuba minum teh hijau atau teh pahit tanpa gula. Teh hijau mengandungi kandungan felonat yang tinggi, membantu mengurangkan kesakitan senggugut.
Anda juga boleh cuba campur air teh dengan daun pudina untuk menambah lagi keenakan teh tersebut.
#3 Herba
Orang dulu-dulu akan merawat kesakitan datang haid dengan minum air suam dengan beberapa campuran herba. Antara herba yang sering digunakan adalah halia, biji pinang tua, rumput jarum emas, rumput cengkih padang dan pudina.
Selain itu, anda juga boleh minum air asam jawa, madum jus daun betik, rebusan kulit kayu manis dan kulit limau nipis atau air kunyit.
Cara nya mudah sahaja. Untuk halia, masukkan bahan ke dalam segela air suam. Manakala untuk biji pinang tua, anda perlu membakar dan menumbuk ia sebelum dimasukkan dalam air suam. Rumput jarum emas dan rumput cengkih padang pula perlu direbus terlebih dahulu lalu minum air rebusan tersebut.
#4 Vitamin, Suplemen dan Minyak Ikan
Satu lagi cara semulajadi untuk merawat senggugut adalah : ambil vitamin B1 dan Minyak Ikan. Vitamin B1 yang ada banyak dalam ubi kentang, pisang, ikan dan ayam juga dikatakan mampu melegakan tekanan emosi, kembung perut dan senggugut.
Kalsium dan magnesium pula dapat mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.
#5 Bertuam atau Guna Pelekat Haba
Ini cara paling berkesan untuk merawat senggugut! Dengan tuaman panas, otot – otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi relaks.
2 cara mudah untuk buat tuaman ini ialah dengan cara tuam air panas / suam atau guna pelekat haba.
Untuk tuaman air panas / suam, masukkan sahaja air panas / suam ke dalam botol plastik atau beg air panas khas dan tuam terus pada bahagian rahim anda.
Untuk pelekat haba, caranya lebih mudah dan praktikal. Dapatkan pelekat haba, bukak filem pelekatnya dan terus tampal pada panties atau terus pada kulit di bahagian rahim anda.
Kelegaan pasti terasa sejurus tuaman itu berlaku dan anda pasti berasa lebih relaks dan tenang.
Nak dapatkan Trial Pack Pelekat Haba Wanita Hawa Heat ? Tekan sini je
#6 Senama Rutin
Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Centre of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan hormon bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melekgakan kesakitan dan tekanan emosi.
Cuba saja senaman-senaman ringan, jika anda tak larat..
Kongiskan 6 Tips ini kepada rakan rakan anda jika sangat membantu anda melegakan senggugut dan teruskan kongsi manfaat ini.