WAJIB TAHU ! PENJAGAAN KEBERSIHAN KETIKA DATANG HAID

Sememangnya wanita perlu menitikberatkan banyak perkara, dari segi fesyen yang sentiasa up-to-date sehinggalah bab menjaga kebersihan diri. Paling utama ialah ketika datang haid atau bulan. Yup, memang setiap bulan wanita akan berhadapan dengan situasi tidak selesa dan leceh di bahagian bawah. 

Namun tidak ramai yang mengambil berat soal kebersihan semasa datang bulan. Tahukah anda ketika waktu datang bulan, risiko berjangkit bakteria sangat tinggi ini disebabkan terdapat lendir (mucus) yang menghalang laluan serviks untuk mengeluarkan darah haid dari vagina. Tidak mustahil bakteria boleh merebak dibahagian uterus dan rongga pelvis. Pertukaran pH di vagina juga boleh menyebabkan jangkitan yis. 

Amat penting dan mustahak bagi seseorang wanita untuk tahu menjaga kawasan istimewa mereka itu. Dari situ bermulanya cara menjauhi dari sebarang jangkitan atau penyakit serius dan jalan tepat untuk kekal sihat. Jadi, apakah yang perlu anda tahu ketika datang haid? 

#1 Kerap Mandi 

Bila datang haid, mood dan emosi juga bertukar negatif. Semua benda rasa malas nak buat, nak mandi pun malas. Jangan malas mandi! Waktu seperti ini anda dinasihatkan kerap mandi atau cuci kawasan celah kelangkang. Ia membantu mengawal bau badan dan vagina. Jika anda tidak dapat membasuh seperti biasa, anda boleh gantikan dengan lap bersih menggunakan tisu basah atau tisu tandas. Paling penting anda turut berasa segar sepanjang hari! 

#2 Ini Cara Betul Cuci Bahagian Intim 

Jangan guna sabun biasa! Membasuh menggunakan sabun biasa boleh mematikan bakteria baik yang bekerja sebagai pembersih semulajadi vagina anda. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan lain. Jadi guna pembersih intim yang disyorkan dan hanya cuci dibahagian luar sahaja. Cuci pada bahagian vagina dahulu kemudian dikuti pada dubur. Jangan sesekali bermula pada bahagian dubur ini boleh mengakibatkan bakteria dibahagian tersebut merebak ke bahagian terbuka vagina semasa mencuci. Hati-hati! 

#3 Tukar Pad Setiap 4 – 3 Jam 

Kesalahan besar bila datang haid ialah tunggu pad atau tampon penuh baru tukar kepada yang baru. Tahukah anda saat anda membiarkan pad penuh, ia boleh membawa kepada pelbagai jangkitan bakteria, iritasi kulit dan juga sindrom TTS (Toxic Shock Syndrome). Penuh atau tidak, pastikan anda tukar pad atau tampon anda setiap 3 hingga 4 jam sehari. 

#4 Jangan Pakai Seluar Atau Seluar Dalam Ketat 

Pada waktu ini anda perlu jauhi dari mengenakan sebarang seluar dalam atau seluar ketat. Seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan iritasi kulit pada bahagian vagina dan ketidakselesaan. Jadi nasihat Wanista, kenakan seluar dalam dari fabrik kapas dan longgar untuk anda rasa selesa sepanjang aliran haid. 

#5 Sentiasa sediakan barang ‘kecemasan’ 


Apa guna kalau bawa beg tangan yang besar dan mahal jika tanpa barang-barang ‘kecemasan’. Pastikan anda membawa tisu basah, ekstra pad atau tampon, losyen antiseptik dan juga pelekat haba wanita. Orang kata ‘sediakan payung sebelum hujan’! 

Datang haid? Amalkan tips di atas ya..

Kami berdedikasi untuk membawa harapan baru, memberi ruang diskusi wanita tentang datang bulan dan perihal wanita secara terbuka dan tanpa disriminasi di Malaysia. Follow dan like page kami di Hawaheat HQ

Nak dapatkan segera Pelekat Haba Wanita Hawa Heat PREMIUM untuk wanita yang ada masalah senggugut teruk sewaktu Datang Bulan ? Klik Butang Dibawah Sekarang