KEDATANGAN haid bagi wanita normal tidak semestinya dimulai dengan pendarahan, tetapi ia boleh menyebabkan sakit serta rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi sesetengah wanita.
Selain rasa sakit di bahagian bawah perut, ramai wanita mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian belakang serta tengah pinggang.
Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan haid dan akan hilang dalam tempoh beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukanlah tanda sebarang masalah besar.
Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, apabila wanita terbabit masih boleh mengabaikannya tetapi ada juga sesetengahnya yang mengalami kesakitan terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian atau terpaksa berbaring sepanjang masa.
Pengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ia menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.
Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan penyakit lain lebih serius seperti jangkitan kuman, endometriosis dan fibroid yang dapat dikesan apabila wanita itu senggugut melampau pada setiap bulan sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.
Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk antaranya:
1. Melakukan senaman ringan
Pemerhatian dan kajian kesihatan menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yang dirasai.
2. Amal pemakanan seimbang
Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
3. Minum air hingga dua liter
Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter dalam sehari. Teh suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.
4. Tuam guna beg kulit
Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah perut untuk mendapatkan kelegaan.
5. Mandi air suam
Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.
6. Tekanan
Tekanan juga dikatakan boleh menyebabkan senggugut. Jadi pelajari kaedah untuk menguruskan tekanan dengan baik.
7. Diet
Bagi sesetengah wanita, diet juga memainkan peranan. Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan berproses dan mengandungi kafein kerana ia boleh merangsang sakit senggugut. Antara makanan yang disarankan adalah kekacang, badan, tomato, lada benggala dan sayur berdaun hijau gelap.
8. Halia
Halia juga dikatakan dapat membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan anda. Boleh juga minum teh halia yang disediakan sendiri.
9. Urutan
Urutan pada abdomen selama lima minit sehari boleh membantu melegakan senggugut kerana ia menggalakkan aliran darah.
10. Ambil ubat
Boleh mengambil ubat atau pil penahan sakit yang ringan. Jika tidak berkesan, boleh gunakan ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum kedatangan haid.
11. Pelekat Haba Wanita
Akhir sekali, gunakan pelekat haba wanita. Pelekat haba ini sama sahaja seperti beg air panas, cuma menariknya anda boleh tuam kehangatan pelekat haba ini tanpa perlu memegangnya dan haba tahan lebih lama.
Cuba dan kongiskan 11 tips elak senggugut teruk ini jika tips ini bermanfaat. Semoga lebih ramai wanita dapat belajar sesuatu yang baru.
Dapatkan lagi maklumat terkini tentang dunia wanita kini dengan like dan follow page Facebook Hawaheat HQ