Categories
Uncategorized

Hawaheat Blog 6

6 TIPS WAJIB CUBA UNTUK REDAKAN SAKIT SENGGUGUT SECARA SEMULAJADI

Sakit pinggang, perut kembung atau kekejangan.. Hmm, okay ni confirm dah. Setiap kali ada tanda tanda ni sampai, anda mesti naik menyampah. Confirm senggugut nak serang ni. Setiap bulan pasti keadaan yang sama. Kesakitan yang sama sampai penat sudah memikirkan cara hilangkan senggugut.

Ingatkan selepas lahirkan bayi, senggugut ni hilang. Rupanya tidak. Patutla wanita sering dikatakan tak stabil emosinya, moody memanjang. Sedangkan kita sebenarnya menanggung kesakitan dalam diam.

Kenapa Senggugut Sering Menyerang ? Apa Cara Hilangkan Senggugut ?

Lain wanita, lain sakit senggugutnya. Memang tak sama, ada yang pada hari pertama haid, ada hari ke tiga. Tahap kesakitan pun berbeza tau! Waktu tu, nak buat aktiviti kehidupan pun akan jadi rumit. Nak memasak ke, buat kerja rumah ke, kerja di office ke, memang badan tak larat, minda pun tak fokus sebab menanggung kesakitan senggugut ni kan ? Ada yang terus baring je atas katil.

Tapi mengapa kesakitan ini sering terjadi ?

Menurut WebMD, senggugut atau “Period Cramp” ni sering terjadi kerana pengecutan di bahagian uterus atau otot rahim kita. Jika pengecutan terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan. Akibatnya, bekalan oksigen ke rahim akan terputus. Kerana kekurangan oksigen, otot rahim memberi kesakitan dan kesan kekejangan.

Namun, punca kesakitan ni pun terbahagi kepada 2, mengikut jenis jenis senggugut, seperti : –

1. Senggugut Primer
Disebabkan pengecutan organ rahim yang berlebihan, dikawal oleh bahan namanya prostagladin.

2. Senggugut Sekunder
Disebabkan oleh struktur organ pembiakan yang tidak normal seperti penyakit fibroid dan endometriosis.

Wanita  biasanya akan makan terus pil penahan sakit ketika haid seperti Penadol Menstrual dan menyapu ubat angin. Tapi, doktor pakar menyarankan semua wanita untuk berhenti menggunakan kaedah sedemikian!

Sebaliknya, cuba cari cara semulajadi yang lebih cepat dan efektif. Ubat tahan sakit boleh membawa pelbagai kesan sampingan seperti gastritis dan kerosakan buah pinggang.

6 TIPS HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN 6 CARA SEMULA JADI

Sebab itu kami senaraikan 6 tips semuajadi ini untuk bantu anda ubah cara mengawal kesakitan senggugut yang lebih sihat dan tiada kesan sampingan di masa akan datang. 

#1 Jaga Diet Pemakanan Anda

Ambil serius hal ini! Berhenti makan makanan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi.  Contoh : Daging lembu, kambing, dan produk tenusu. Kajian mendapati makanan ini mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat!

Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan coklat gelap kurang manis.

#2 Air Teh dan Air Suam Untuk Bertenang

Air suam mampu memberikan kelegaan pada otot rahim yang kejang. Air suam juga membuang toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan memberikan kesan ” kenyang” pada perut.

Teh juga bagus untuk melegakan kesakitan. Cuba minum teh hijau atau teh pahit tanpa gula. Teh hijau mengandungi kandungan felonat yang tinggi, membantu mengurangkan kesakitan senggugut.

Anda juga boleh cuba campur air teh dengan daun pudina untuk menambah lagi keenakan teh tersebut.

#3 Herba

Orang dulu-dulu akan merawat kesakitan datang haid dengan minum air suam dengan beberapa campuran herba. Antara herba yang sering digunakan adalah halia, biji pinang tua, rumput jarum emas, rumput cengkih padang dan pudina.

Selain itu, anda juga boleh minum air asam jawa, madum jus daun betik, rebusan kulit kayu manis dan kulit limau nipis atau air kunyit. 

Cara nya mudah sahaja. Untuk halia, masukkan bahan ke dalam segela air suam. Manakala untuk biji pinang tua, anda perlu membakar dan menumbuk ia sebelum dimasukkan dalam air suam. Rumput jarum emas dan rumput cengkih padang pula perlu direbus terlebih dahulu lalu minum air rebusan tersebut.

#4 Vitamin, Suplemen dan Minyak Ikan

Satu lagi cara semulajadi untuk merawat senggugut adalah : ambil vitamin B1 dan Minyak Ikan. Vitamin B1 yang ada banyak dalam ubi kentang, pisang, ikan dan ayam juga dikatakan mampu melegakan tekanan emosi, kembung perut dan senggugut.

Kalsium dan magnesium pula dapat mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.

#5 Bertuam atau Guna Pelekat Haba 

Ini cara paling berkesan untuk merawat senggugut! Dengan tuaman panas, otot – otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi relaks. 

2 cara mudah untuk buat tuaman ini ialah dengan cara tuam air panas / suam atau guna pelekat haba.

Untuk tuaman air panas / suam, masukkan sahaja air panas / suam ke dalam botol plastik atau  beg air panas khas dan tuam terus pada bahagian rahim anda.

Untuk pelekat haba, caranya lebih mudah dan praktikal. Dapatkan pelekat haba, bukak filem pelekatnya dan terus tampal pada panties atau terus pada kulit di bahagian rahim anda. 

Kelegaan pasti terasa sejurus tuaman itu berlaku dan anda pasti berasa lebih relaks dan tenang.

Nak dapatkan Trial Pack Pelekat Haba Wanita Hawa Heat ? Tekan sini je

#6 Senama Rutin

Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Centre of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan hormon bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melekgakan kesakitan dan tekanan emosi.

Cuba saja senaman-senaman ringan, jika anda tak larat..

Kongiskan 6 Tips ini kepada rakan rakan anda jika sangat membantu anda melegakan senggugut dan teruskan kongsi manfaat ini.

Kami berdedikasi untuk membawa harapan baru, memberi ruang diskusi wanita tentang datang bulan dan perihal wanita secara terbuka dan tanpa disriminasi di Malaysia. Follow dan like page kami di Hawaheat HQ

Nak dapatkan segera Trial Pack Pelekat Haba Wanita Hawa Heat PREMIUM untuk wanita yang ada masalah senggugut teruk sewaktu Datang Bulan ? Klik Butang Dibawah Sekarang

Categories
Uncategorized

Hawaheat Blog 5

PERIOD SEWAKTU RAMADHAN ? 5 PERKARA BOLEH DILAKUKAN UNTUK TETAP KUMPUL PAHALA RAMADHAN

“ALAMAK, period pula. Dah pukul 5 petang ni, lagi 2 jam lebih nak buka. Sayangnya, kenapa la period ni nak datang waktu-waktu ni juga.”

Ada segelintir wanita mengeluh ketika datang bulan ketika Ramadan. Apatah lagi, hampir seharian berpuasa, tup tup period datang pula. Siapa yang tidak stres, bukan?

Tapi janganlah mengeluh. Walaupun tak boleh berpuasa, kaum Hawa tetap boleh dapat pahala dalam bulan Ramadan ini.

Masakan tidak, Ramadan kan bulan penuh rahmat dan keberkatan. Jadi, segala amal kebaikan yang dilakukan akan beroleh pahala yang berganda.

Nak tahu bagaimana caranya?

Kali ini kami kongsikan saranan pendakwah, Ustazah Hamidah Ab Razak atau lebih dikenali sebagai Da’i Hamidah tentang amalan kebaikan yang boleh dilakukan oleh wanita yang ‘cuti’ berpuasa.

Ada 5 cara untuk wanita haid yang tidak boleh berpuasa untuk kumpul pahala:

1. Memberi atau menyediakan makanan bagi orang yang bersahur dan berpuasa

Sekecil mana pun kebaikan yang kita lakukan, ia akan jadi bernilai kerana dilipatgandakan segala amalan dalam bulan Ramadan ini.

Selain itu, jangan lupa kejutkan suami, anak-anak atau ahli keluarga yang berpuasa untuk bangun waktu sahur. Sediakan juga makanan bersahur untuk mereka. Ini juga termasuk amalan yang sangat besar pahalanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, dia mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun.” (Riwayat al-Tirmidzi)

2. Memperbanyakkan zikir

Zikir merupakan amal ibadah yang sangat dianjurkan dalam Islam. Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada ALLAH dan juga dicintai ALLAH. Orang yang banyak berzikir akan merasai kelazatan dalam beribadah.

Sebenarnya, ada banyak jenis zikir yang boleh dibaca oleh wanita dalam keadaan hadas besar seperti tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan selainnya.

Antara satu zikir yang mempunyai kelebihan besar yang boleh kita amalkan:

Nabi Muhammad SAW bersada: “Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah seorang hamba mengucapkan:

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك علي، وأبوء بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.

(“Ya ALLAH, ENGKAU Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali ENGKAU, ENGKAU menciptakanku dan hamba-MU dan aku (terikat) dengan janji-MU semampu yang aku boleh laksanakan, aku mohon perlindungan-MU daripada kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang ENGKAU berikan kepadaku adalah milik-MU dan aku mengakui terhadap dosa-dosaku. Oleh itu ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali ENGKAU.”)

Barang siapa membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk penghuni syurga.” (Hadis riwayat Bukhari, an-Nasaie dan Ibnu Hibban)

3. Mendengarkan al-Quran

Ketahuilah bahawa al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadan. Bahkan, Ramadan bulan Nabi Muhammad SAW menyemak bacaan al-Quran bersama Malaikat Jibril AS sepanjang bulan mulia ini.

Para ulama terdahulu amat menekankan al-Quran di bulan mulia ini.

Malah, keuzuran pada wanita tak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita menjarakkan diri dengan al-Quran. Boleh saja wanita haid:
– Mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf berkenaan.
– Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan, lalu menghayati maksud bait-bait kalamullah itu.

Daripada Aisyah RA, beliau berkata berkata: “Rasulullah SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku saat aku sedang haid dan ia membaca al-Quran.” (Riwayat al-Bukhari)

Dengan tetap mendengar al-Quran, hati wanita akan selalu terpaut pada kalam-kalam ALLAH. Mereka senantiasa mendapat rahmat.

4. Berdoa

Mohonlah apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat dengan berdoa kepada ALLAH. Doa juga satu ibadah. Alangkah ruginya jika kita tidak manfaatkan bulan barakah ini dengan berdoa bersungguh-sungguh.

Bulan ini peluang terbesar untuk kita berubah menjadi lebih baik dan menghidupkan malam dengan berdoa. Maka, doalah berusungguh-sungguh.

Tambah-tambah lagi saat kita berdoa, malam itu ‘jatuh’ pula malam lailatulqadar, subhanallah maka sangatlah beruntung.

Sayyidah Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasullah, andai aku bertemu lailatulqadar, doa apa yang bagus dibaca? Rasulullah menjawab: “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni (Wahai Tuhan, ENGKAU MAHA PENGAMPUN, ENGKAU menyukai orang yang minta ampunan. Kerananya ampunilah aku).” (Riwayat Ibnu Majah)

5. Infakkan harta

Daripada Ibn Abbas, katanya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah. Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan untuk bertadarus (mengulang-ulang) al-Quran dengan Rasulullah SAW. Baginda pada ketika itu lebih pemurah dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan.” (Riwayat al-Bukhari)

Sebenarnya, untuk meraih reda ALLAH ini ada banyak. Cuma, segalanya bergantung kepada diri kita sama ada nak buat atau buat tidak tahu saja.

Kepada wanita yang period, yang tak boleh buat hanyalah ibadah solat dan puasa saja. Tiada sebab untuk mereka meninggalkan ibadah lain walaupun sedang uzur.

ALLAH MAHA PEMURAH. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hamba-NYA. Paling penting, pahala memang DIA sediakan buat sesiapa yang mahu dan suka mencari keredaan-NYA.

Kami berdedikasi untuk membawa harapan baru, memberi ruang diskusi wanita tentang datang bulan dan perihal wanita secara terbuka dan tanpa disriminasi di Malaysia. Follow dan like page kami di Hawaheat HQ

Nak dapatkan segera Pelekat Haba Wanita Hawa Heat PREMIUM untuk wanita yang ada masalah senggugut teruk sewaktu Datang Bulan ? Klik Butang Dibawah Sekarang

Categories
Uncategorized

Hawaheat Blog 4

Pasangan Anda Datang Bulan? Ini Yang Patut Anda Sebagai Lelaki Lakukan…

Dengan mood swing, kesakitan yang diorang sendiri tak boleh nak explain dan emosi yang naik turun, situasi-situasi macam ni sebenarnya agak mencabar dan merupakan waktu genting buat para lelaki kat luar sana. Baik kata girilfriend mahupun isteri, setiap bulan pasti diorang akan mengalami PMS atau premenstrual syndrome sebelum kedatangan haid. 

Kebiasaannya, PMS ini akan datang seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid. Pada waktu ini, biasanya para wanita akan mengalami beberapa simtom seperti perubahan mood, penat dan macam-macam lagilah.

Sebagai seorang lelaki, kebiasannya kita jarang dapat agak atau ramai yang sebenarnya tak tahu macam mana nak ‘handle’ pasangan ketika diorang alami PMS ni.

Ini ada beberapa perkara yang lelaki boleh buat semasa pasangan korang alami PMS.

#1. Perhatian & Perasaan

Pada waktu kejadian PMS ini, kebiasannya partner korang ni akan jadi extra sensitif. Mesej ‘k’ sahaja pun boleh buat diorang menitiskan airmata. Ini normal ye, abang abang sekalian. Dan diorang bukan buat-buat.

Caranya mudah, bagi lebih perhatian. Jadi extra romantik. Balik kerja, manjakan isteri tu. Ye saya ulang, isteri. Kalau pasangan yang belum kahwin, boleh tenangkan pasangan dengan ayat-ayat manis. Hehe.

Pokoknya, diorang nak perhatian. Mudah. Bagi perhatian extra, ikat tepi.

 

#2 ELAKKAN KOMEN NEGATIF

Sama macam apa yang Aj cakap dekat atas tadi, emosi para wanita saat PMS ni sangat tak stabil. Diorang mudah jadi pemarah, dan susah nak tenang. Jadi, kalau nak bagi pendapat tu, hati-hati dalam memilih perkataan.

Jangan bagi sesuatu yang negatif. Dah la perut diorang tengah sakit, ditambah pulak dengan sakit dari perkatan dan komen negatif korang tu.

Lagi satu, JANGAN sesekali sebut pasal berat badan. Just don’t

#3 Kejutan

Ini bukan kejutan korang bagi elektrik shock dekat diorang tau! Ini kejutan dari segi belikan lah cokelat atau bunga untuk pasangan korang tu.

Kalau nak romantik lagi, bawak diorang keluar makan dekat tempat makan kegemaran dia. Tapi, dalam masa yang sama, korang kena tahan la kalau dia ‘cranky’ sepanjang perjalanan.

Kunci dia dekat sini : MANJAKAN pasangan. Alah, sebulan sekali je macam ni. Layankan ajelah kehendak diorang tu. Kata dah janji nak sehidup semati…

#4 Ambil Tahu Tentang Kitaran Haid

Dalam banyak-banyak cara, ini yang paling efektif nak tangani PMS pasangan korang. Bila dah tahu kitaran haid dia, dan korang tahu bila dia akan hadapi ‘mood swing’ dan korang dah boleh bersedia.

Secara tak langsung, bila tiba waktu PMS nanti, at least korang dah faham kenapa dia berperangai camgitu. Bila dah ada tanda-tanda, layan lah dia seadanya. Okay?

p/s: bukan perempuan je tau kena amik tahu pasal kitaran haid ni, lelaki pun kena tahu…

#5 Tolong Bantu Kerja Rumah

Kalau korang dah selalu buat kerja rumah, bagus. Sebenarnya, semasa kedatangan haid ni, lebih banyak rehat yang diorang dapat, lagi kuranglah kesakitan yang dialami.

Setakat basuh pinggan, mendobi, apelah sangat kan. Angkat besi berkilo-kilo mampu, takkan nak basuh pinggan seketul-dua tak boleh.

#6 Jangan Biarkan Pasangan Anda Rasa Tidak Diperlukan

Walaupun kadangkala perangai pasangan korang ni menjengkelkan, tapi itu bukan alasan korang nak jauhkan diri daripada diorang. Sepatutnya, layanan yang diberikan, sama atau extra sweet kalau diorang tengah PMS okay?

Selain tu, boleh standby selimut dekat sebelah isteri pada waktu malam. Sebabnya, suhu badan diorang tak menentu masa kedatangan haid. Jadi kalau sejuk, selimutkanlah. 

#7 JANGAN Amik Hati

Ini point paling penting. Kalau ada berlaku pergaduhan kecil masa pasangan korang PMS, lelaki-lelaki kat luar sana tolong jangan amik hati. Kadangkala, diorang akan marah tak tentu pasal, kita layankan aje.

Memang emosi dia macam tu, dia sendiri pun tak mintak. Ia disebabkan perubahan hormon, bukannya diorang nak sangat marah kat korang.


Amalkan tips – tips ini agar pasangan anda terjaga emosinya semasa datang bulan. Pasti bahagia setiap bulan!

Kami berdedikasi untuk membawa harapan baru, memberi ruang diskusi wanita tentang datang bulan dan perihal wanita secara terbuka dan tanpa disriminasi di Malaysia. Follow dan like page kami di Hawaheat HQ

Tunjuk sayang pada pasangan anda dengan hadiahkan Pelekat Haba Wanita Hawa Heat PREMIUM untuk wanita yang ada masalah senggugut teruk sewaktu Datang Bulan.

Klik Butang Dibawah Untuk Dapatkan Sekarang

Categories
Uncategorized

HAWAHEAT BLOG 3

WAJIB TAHU ! PENJAGAAN KEBERSIHAN KETIKA DATANG HAID

Sememangnya wanita perlu menitikberatkan banyak perkara, dari segi fesyen yang sentiasa up-to-date sehinggalah bab menjaga kebersihan diri. Paling utama ialah ketika datang haid atau bulan. Yup, memang setiap bulan wanita akan berhadapan dengan situasi tidak selesa dan leceh di bahagian bawah. 

Namun tidak ramai yang mengambil berat soal kebersihan semasa datang bulan. Tahukah anda ketika waktu datang bulan, risiko berjangkit bakteria sangat tinggi ini disebabkan terdapat lendir (mucus) yang menghalang laluan serviks untuk mengeluarkan darah haid dari vagina. Tidak mustahil bakteria boleh merebak dibahagian uterus dan rongga pelvis. Pertukaran pH di vagina juga boleh menyebabkan jangkitan yis. 

Amat penting dan mustahak bagi seseorang wanita untuk tahu menjaga kawasan istimewa mereka itu. Dari situ bermulanya cara menjauhi dari sebarang jangkitan atau penyakit serius dan jalan tepat untuk kekal sihat. Jadi, apakah yang perlu anda tahu ketika datang haid? 

#1 Kerap Mandi 

Bila datang haid, mood dan emosi juga bertukar negatif. Semua benda rasa malas nak buat, nak mandi pun malas. Jangan malas mandi! Waktu seperti ini anda dinasihatkan kerap mandi atau cuci kawasan celah kelangkang. Ia membantu mengawal bau badan dan vagina. Jika anda tidak dapat membasuh seperti biasa, anda boleh gantikan dengan lap bersih menggunakan tisu basah atau tisu tandas. Paling penting anda turut berasa segar sepanjang hari! 

#2 Ini Cara Betul Cuci Bahagian Intim 

Jangan guna sabun biasa! Membasuh menggunakan sabun biasa boleh mematikan bakteria baik yang bekerja sebagai pembersih semulajadi vagina anda. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan lain. Jadi guna pembersih intim yang disyorkan dan hanya cuci dibahagian luar sahaja. Cuci pada bahagian vagina dahulu kemudian dikuti pada dubur. Jangan sesekali bermula pada bahagian dubur ini boleh mengakibatkan bakteria dibahagian tersebut merebak ke bahagian terbuka vagina semasa mencuci. Hati-hati! 

#3 Tukar Pad Setiap 4 – 3 Jam 

Kesalahan besar bila datang haid ialah tunggu pad atau tampon penuh baru tukar kepada yang baru. Tahukah anda saat anda membiarkan pad penuh, ia boleh membawa kepada pelbagai jangkitan bakteria, iritasi kulit dan juga sindrom TTS (Toxic Shock Syndrome). Penuh atau tidak, pastikan anda tukar pad atau tampon anda setiap 3 hingga 4 jam sehari. 

#4 Jangan Pakai Seluar Atau Seluar Dalam Ketat 

Pada waktu ini anda perlu jauhi dari mengenakan sebarang seluar dalam atau seluar ketat. Seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan iritasi kulit pada bahagian vagina dan ketidakselesaan. Jadi nasihat Wanista, kenakan seluar dalam dari fabrik kapas dan longgar untuk anda rasa selesa sepanjang aliran haid. 

#5 Sentiasa sediakan barang ‘kecemasan’ 


Apa guna kalau bawa beg tangan yang besar dan mahal jika tanpa barang-barang ‘kecemasan’. Pastikan anda membawa tisu basah, ekstra pad atau tampon, losyen antiseptik dan juga pelekat haba wanita. Orang kata ‘sediakan payung sebelum hujan’! 

Datang haid? Amalkan tips di atas ya..

Kami berdedikasi untuk membawa harapan baru, memberi ruang diskusi wanita tentang datang bulan dan perihal wanita secara terbuka dan tanpa disriminasi di Malaysia. Follow dan like page kami di Hawaheat HQ

Nak dapatkan segera Pelekat Haba Wanita Hawa Heat PREMIUM untuk wanita yang ada masalah senggugut teruk sewaktu Datang Bulan ? Klik Butang Dibawah Sekarang