Categories
Uncategorized

Hawa Heat Blog 2

Mengapa Wanita Mengalami Senggugut?

Salah satu aspek menstruasi yang paling tidak menyenangkan ialah senggugut.

Kebanyakan wanita – kajian mencadangkan sehingga 80% [1] – mengalami kesakitan atau ketidakselesaan sebelum dan semasa haid mereka, dan ini disebabkan terutamanya oleh uterus (rahim) yang menguncup untuk menyingkirkan lapisan rahim.

Kesakitan ini, yang terasa seperti senggugut, merupakan sesuatu yang biasa dialami apabila haid hampir tiba. Lazimnya, ia berlanjutan selama satu atau dua hari. Ia boleh berlaku di bahagian pelvis, belakang, paha atau perut. Kesakitan haid biasanya mula dirasai betul-betul di bawah pusat dan memarak ke arah paha dan belakang anda.

Tahap keseriusan kekejangan haid ini berbeza untuk setiap wanita. Dalam sesetengah kes, ia merupakan sakit yang ringan. Dalam kes yang lain, ia boleh menjadi teruk dan boleh juga menyebabkan muntah. Simptom-simptom lain termasuk najis yang cair, sakit kepala dan pening. Sememangnya tidak menyeronokkan.

Mengetahui cara untuk menghentikan kekejangan haid akan banyak mempengaruhi perasaan seseorang wanita itu terhadap haidnya. Walaupun kebanyakan wanita mendapati bahawa kesakitan haid tidak dapat diabaikan, terdapat beberapa langkah mudah yang akan membantu mengurangkannya.

Ubat tahan sakit yang dibeli di kaunter boleh menghentikan senggugut yang baru bermula, tetapi ia tidak boleh diambil ketika perutkosong, atau diambil dengan segelas susu, untuk melindungi lapisan perut. Dan walaupun ia bukanlah sesuatu yang anda mahu lakukan ketika itu, senaman – sungguhpun hanya berjalan – membantu meningkatkan peredaran darah, tahap oksigen dan tahap endorfin (penahan sakit dan hormon rasa baik semula jadi). Kesemua ini membantu badan untuk berehat.

Urut dan haba juga akan melonggarkan otot anda, jadi mandi air panas, atau bertuam menggunakan botol air panas atau pun pelekat haba wanita adalah disyorkan. Ais krim juga boleh membantu – bukan dari segi perubatan, tetapi hanya untuk membuat anda berasa gembira.

Dalam sesetengah kes, haid yang menyakitkan – atau dismenorea – boleh menimbulkan masalah dalam kehidupan anda. Satu kajian melaporkan bahawa sehingga 14% wanita tidak dapat keluar bekerja kerana kesakitan haid [2].

Tetapi tidak perlu menderita. Sekiranya kekejangan haid anda teruk, jumpalah doktor. Dalam sesetengah kes, kontrasepsi hormon boleh mengurangkan kesakitan haid. Kadang-kadang, kesakitan haid disebabkan oleh keadaan kesihatan yang tersembunyi, seperti penyakit endometriosis atau radang pelvis.

Tetapi jika tiada keadaan kesihatan yang tersembunyi, kesakitan haid yang kuat biasanya akan berkurangan apabila usia wanita meningkat, dan juga selepas mereka melahirkan anak.

Kongsikan content ini kepada rakan rakan anda jika bermanfaat bagi anda. Semoga lebih ramai wanita dapat belajar sesuatu yang baru.

Dapatkan lagi maklumat terkini tentang dunia wanita kini dengan like dan follow page Facebook Hawaheat HQ

[Rujukan]

Kami berdedikasi untuk membawa harapan baru, memberi ruang diskusi wanita tentang datang bulan dan perihal wanita secara terbuka dan tanpa disriminasi di Malaysia. Follow dan like page kami di Hawaheat HQ

Nak dapatkan segera Pelekat Haba Wanita Hawa Heat PREMIUM untuk wanita yang ada masalah senggugut teruk sewaktu Datang Bulan ? Klik Butang Dibawah Sekarang

Categories
Uncategorized

HAWAHEAT BLOG 1

11 Tips Elak Senggugut Teruk

KEDATANGAN haid bagi wanita normal tidak semestinya dimulai dengan pendarahan, tetapi ia boleh menyebabkan sakit serta rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi sesetengah wanita.

Selain rasa sakit di bahagian bawah perut, ramai wanita mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian belakang serta tengah pinggang.

Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan haid dan akan hilang dalam tempoh beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukanlah tanda sebarang masalah besar.

Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, apabila wanita terbabit masih boleh mengabaikannya tetapi ada juga sesetengahnya yang mengalami kesakitan terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian atau terpaksa berbaring sepanjang masa.

Pengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ia menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan penyakit lain lebih serius seperti jangkitan kuman, endometriosis dan fibroid yang dapat dikesan apabila wanita itu senggugut melampau pada setiap bulan sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk antaranya:

1. Melakukan senaman ringan

Pemerhatian dan kajian kesihatan menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yang dirasai.

2. Amal pemakanan seimbang

Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

3. Minum air hingga dua liter

Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter dalam sehari. Teh suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.

4. Tuam guna beg kulit

Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah perut untuk mendapatkan kelegaan.

5. Mandi air suam

Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.

6. Tekanan

Tekanan juga dikatakan boleh menyebabkan senggugut. Jadi pelajari kaedah untuk menguruskan tekanan dengan baik.

7. Diet

Bagi sesetengah wanita, diet juga memainkan peranan. Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan berproses dan mengandungi kafein kerana ia boleh merangsang sakit senggugut. Antara makanan yang disarankan adalah kekacang, badan, tomato, lada benggala dan sayur berdaun hijau gelap.

8. Halia

Halia juga dikatakan dapat membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan anda. Boleh juga minum teh halia yang disediakan sendiri.

9. Urutan

Urutan pada abdomen selama lima minit sehari boleh membantu melegakan senggugut kerana ia menggalakkan aliran darah.

10. Ambil ubat

Boleh mengambil ubat atau pil penahan sakit yang ringan. Jika tidak berkesan, boleh gunakan ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum kedatangan haid.

11. Pelekat Haba Wanita

Akhir sekali, gunakan pelekat haba wanita. Pelekat haba ini sama sahaja seperti beg air panas, cuma menariknya anda boleh tuam kehangatan pelekat haba ini tanpa perlu memegangnya dan haba tahan lebih lama. 

 

Cuba dan kongiskan 11 tips elak senggugut teruk ini jika tips ini bermanfaat. Semoga lebih ramai wanita dapat belajar sesuatu yang baru.

Dapatkan lagi maklumat terkini tentang dunia wanita kini dengan like dan follow page Facebook Hawaheat HQ

Kami berdedikasi untuk membawa harapan baru, memberi ruang diskusi wanita tentang datang bulan dan perihal wanita secara terbuka dan tanpa disriminasi di Malaysia. Follow dan like page kami di Hawaheat HQ

Nak dapatkan segera Pelekat Haba Wanita Hawa Heat PREMIUM untuk wanita yang ada masalah senggugut teruk sewaktu Datang Bulan ? Klik Butang Dibawah Sekarang